Maybank2U telah menjadi pilihan ramai orang disebabkan kemudahan membuat transaksi di dalam pelbagai urusan harian. Kini Maybank telah mengumumkan tentang penamatan servis laman perbankan Maybank2U versi klasik mulai Januari 2022 nanti.

Jadi, bagi pelanggan yang masih setia menggunakan laman Maybank2U versi klasik sehingga ke hari ini perlu diingatkan bahawa ia tidak boleh diakses lagi selepas tarikh berkenaan. Walaubagaimanapun, anda sebagai pengguna Maybank2U versi klasik masih boleh menggunakan akaun yang sama sewaktu log masuk ke Maybank2U.

Untuk makluman semua, Maybank telah memperkenalkan laman Maybank2U alaf baru pada 2018 lalu dalam memberikan pengalaman perbankan dalam talian yang lebih baik. Terdapat pelbagai ciri baharu dan antara muka yang interaktif sedia ditawarkan menerusi laman Maybank2U baharu berkenaan.

Sebagai langkah persiapan untuk menyesuaikan diri dengan laman Maybank2U yang serba baharu buat pengguna Maybank versi klasik, pihak Maybank turut menyediakan sejumlah video tutorial asas bagaimana laman baharu beroperasi dan ciri-ciri yang tersedia menerusi saluran rasmi YouTube Maybank.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengetahui cara mudah menukar kad debit Maybank secara dalam talian.

Tidak Perlu Ke Bank, Ini Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank Secara Dalam Talian

Mudah Dan Pantas, Ini Caranya Ganti MyKad Rosak Atau Hilang Secara Online

Sumber